Suara
Alunan zikir yang dialunkan begitu jelas kedengaran oleh Ashmin melalui telefon bimbitnya. Alunan zikir yang membuatkan dia tertanya-tanya siapakah gerangan yang mengalunkan zikir tersebut.
Alunan zikir yang dialunkan begitu jelas kedengaran oleh Ashmin melalui telefon bimbitnya. Alunan zikir yang membuatkan dia tertanya-tanya siapakah gerangan yang mengalunkan zikir tersebut.
“Ash? Awak
dengar tak apa yang saya cakap?” Suara Ina yang manja mengejutkan Ashmin dari
lamunannya.
“Ya. Saya
dengar. Awak nak keluar makan tak?” Ashmin tersenyum memikirkan detik-detik
yang bakal dihabiskan dengan Ina malam itu.
“Boleh juga. Ina
lapar jugak ni. Tapi, tak bolehlah berdua-duaan. Tak eloklah.” Ina risau
memikirkan kemungkinan kehadiran senior-seniornya yang paling pantang melihat
pasangan bercinta di universiti terkemuka itu. Buat seketika, Ina lupa kepada
yang lebih Maha Melihat.
“Roomate abang
tak ada sekarang ni. Macam mana ye?” Ashmin mula menggaru kepalanya yang tidak
gatal.
“Em, Ina bawa
roommate Ina sekalilah. Boleh tak abang?”
Mendengar dia
bakal bertemu dengan pemilik suara yang sentiasa didengarnya sewaktu menelefon
Ina, membuatkan Ashmin berdebar-debar. Ashmin mula keliru dengan perasaannya
sendiri.
“Bawalah. Apa
salahnya. Abang nak kenal juga dengan roommate buah hati pengarang jantung
abang ni. Tapi, roommate ina tak kisah ke?”
“Nak ikut aku
pergi makan dengan kawan aku tak?” suara Ina kedengaran jauh di corong telefon
bimbit Ashmin. Saat itu, Ashmin berdoa agar pemilik suara tersebut akan
bersetuju tanpa dia sedari.
Tidak mendengar
bibit butir percakapan Ina dan rakannya, Ashmin mulai resah.
“Abang. Em, dia
tak nak ikutlah. Katanya, dia nak buat assignment.” Suara Ina kedengaran hampa.
Ashmin berasa terkilan.
“Tak apalah Ina.
Lain kali kita pergi ya?” Ashmin memujuk Ina.
“Nampaknya macam
itulah. Ina letak telefon dulu ya? Ina pun ada assignment yang nak disiapkan.
Abang jangan lupa sembahyang tahajud malam ni tau. Malam ni kan malam Jumaat.”
Ina mengingatkan Ashmin.
Husna menilik
jam tangannya yang hampir menunjukkan pukul 8 pagi. Lagi setengah jam, kuliah
bakal bermula. Jantung Husna berdebar-debar memikirkan hukuman yang bakal
menantinya sekiranya pelajar lewat ke kelas Professor Haji. Dalam hatinya,
selawat dan doa tidak putus-putus agar Allah S.W.T permudahkan perjalanannya
pagi itu.
Berkat sabar dan
yakin, Husna dapat melihat sebuah teksi yang sedang meluncur lancar ke arah
tempatnya menunggu. Senyuman diukirkan dalam mengucapkan syukur alhamdulillah
kepada Allah S.W.T yang sentiasa membantunya. Teksi tadi berhenti di hadapan
Husna. Husna berjalan ke arah pintu apabila dia dilanggar seorang lelaki yang
segera mengambil tempat duduk di sebelah pemandu.
Husna marah dan
mengutuk tindakan lelaki tersebut dalam hati lalu cepat-cepat beristighfar.
Husna duduk di belakang sambil menenangkan hatinya yang bergelodak kemarahan.
Husna memang mempunyai sikap tidak suka dengan makhluk yang bernama lelaki.
“Pakcik, hantar
saya ke Blok Selatan ya?” Husna tersenyum kepada pak cik teksi yang kelihatan
berusia separuh abad itu.
“Tapi, nak,
kawan kamu ni pulak nak ke Blok Utara. Mana yang pakcik kena hantar dulu ni?”
Husna menjeling
ke arah lelaki di hadapannya itu.
“Saya ada kelas
lagi setengah jam. Pakcik hantar saya dulu ye?” Husna menjawab lembut.
“Agak-agaklah.
Aku pun ada kelas setengah jam lagi. Hantar saya dulu, Pak cik. Saya kan
customer pertama Pak Cik.” Ashmin mencebik.
Husna memandang
Ashmin dengan pandangan maut. Jengkel betul! Husna berpaling ke arah pak cik
teksi yang kelihatan keliru dan serba salah. Rasa bersalah hadir dalam diri
Husna.
“Kalau macam tu,
tak apalah pakcik. Pakcik hantar je ‘kawan’ saya ni. Saya cari teksi lain je.”
Husna keluar dari perut kereta. Tidak lama selepas itu, kereta merah jenama
tempatan itu meluncur laju ke arah blok Utara meninggalkan Husna. Nasib Husna
baik apabila 5 minit selepas itu, sebuah teksi muncul dan menghantar Husna ke
destinasi.
………………………………………………....………………………………………………...
Ashmin mencapai
telefon bimbitnya usai solat maghrib lalu menelefon Ina. Jikalau dulu, Ashmin
kerap menelefon Ina tidak kira waktu, sekarang, Ashmin hanya akan menelefon Ina
selepas waktu maghrib. Alasannya, Ashmin hanya ingin mendengar suara itu. Suara
yang selalu mengalunkan kalimat-kalimat suci Al-Quran pada waktu itu tidak
pernah gagal mententeramkan hati Ashmin. Dia terasa damai dengan hanya
mendengar suara itu. Pemiliknya tidak pernah Ashmin tahu.
“Abang sekarang
sangat lain dengan Ina.” Suara Ina yang lunak dan manja membuatkan hati Ashmin resah.
Dia sendiri sedar perubahan dirinya kebelakangan itu.
“Abang tak faham
maksud Ina.” Ashmin mengetap bibirnya kerana terasa bersalah kerana membohongi
Ina saat itu.
“Abang jarang
telefon Ina macam selalu. Cuma selepas maghrib je. Sepatutnya, kita habiskan
masa antara maghrib dan isyak’ ni atas tikar sejadah, tapi, sebab rindukan
abang, Ina cakap juga dengan abang.” Ina kesal dengan sikap sambil lewa Ashmin
kerana menghabiskan masa emas untuk dia membaca Al-Quran.
“Abang minta
maaf. Abang khilaf.” Ashmin tertunduk. Dia berasa malu dengan Ina.
“Abang pun diam
je bila telefon Ina. Ina rasa macam Ina cakap sorang-sorang!” Ina meletus.
Sikap Ashmin tidak seperti dulu. Ashmin yang perhatian dan selalu bimbangkan
dia sudah berubah.
“Abang dengar.
Cuma, abang tak tahu nak nasihat apa.” Ashmin berdolak-dalih. Ina tergelak
sinis.
“Sejak bila
Abang tak tahu nak nasihat Ina ni? Ina tahu.”
Ashmin meneguk
air liur.
“Abang suka kat
orang lain kan?”
Ashmin panik.
Dia sendiri tidak tahu perasaannya ketika itu. Suka padahal tidak pernah kenal
atau bersua. Adakah? Wujud ke cinta begini?
“Ina betulkan?
Ina boleh rasa bila abang diam macam sekarang ni.” Suara Ina yang mulai sebak
itu dapat ditangkap Ashmin.
Ashmin terkedu.
Jikalau sebelum ini, dialah yang akan menjadi manusia yang memujuk Ina, saat
ini, sekarang, Ashmin hanya diam. Jikalau sebelum ini, dialah yang akan menjadi
manusia yang menceriakan Ina saat gadis itu bersedih, sekarang, Ashmin hanya
diam. Jikalau sebelum ini, dialah yang akan menjadi penghibur dan pelawak untuk
mendengar Ina ketawa, sekarang, Ashmin hanya diam.
Ashmin buntu dan
keliru dengan perasaannya sendiri. Dia tahu yang rasa kasih dan sayangnya
kepada Ina mulai hilang, tapi Ashmin sendiri tidak pasti adakah semuanya kerana
suara yang mendamaikan itu.
“Abang minta
maaf Ina.” Hanya maaf yang mampu terungkap di bibir lelaki itu.
“Kenapa abang
tak jelaskan pada Ina? Ina akan faham. Ina takkan ikat abang dengan Ina.”
Ashmin diam
lagi. Patutkah Ashmin berterus terang yang dia masih menghubungi Ina hanya
kerana untuk mendengar suara tersebut. Kejamkah dia? Ashmin mengeluh. Namun,
Ashmin cepat-cepat beristighfar.
“Abang minta
maaf Ina. Mulai saat ni, abang lepaskan Ina. Ina bukan milik abang lagi.”
Ashmin melafazkan kata-kata yang selama ini dia sendiri tidak pernah
membayangkan akan melafazkan. Baginya, Nurul Irdina Hani BT Zulkarnain adalah
segala-galanya, tetapi, saat dia melepaskan Ina pergi, Ashmin berasa lebih
damai. Seolah-olah segala beban dosa yang ditanggungnya selama ini terangkat
dari bahunya.
“Ina cuma nak
cakap yang Ina bersyukur abang terus-terang pada Ina.”
*********************************************************************************
Husna menutup
kitab suci Al-Quran. Dia baru usai membacakan Surah Yassin buat arwah atuknya
apabila terdengar esakan halus dari luar kediaman kolej. Husna memeluk erat
Al-Quran dan meneguk air liurnya. Bulu romanya meremang. Husna memegang
Al-Quran dengan harapan akan melindunginya dari makhluk-makhluk halus.
Tiba-tiba,
terjengul Ina dengan berkain sembahyang betul-betul di hadapan Husna. Husna
terjerit nyaring dan mendepangkan tangannya yang memegang kitab suci al-quran.
“Lindungi aku
dari syaitan yang direjam, Ya Allah!!!” Husna membaca doa. Matanya tertutup
kerana ketakutan.
Ina tersengih
melihat gelagat rakan sebiliknya itu.
“Hoi! Al-Quran
tu, kalau pegang saja tapi tak baca, syaitan tak takut lah…” Ina mengambil
Al-Quran dari genggaman Husna. Husna membuka matanya dan tersengih malu.
“Aku terkejut
sangat lah. Mana sempat nak belek Al-Quran.”
“Sebab tu lah,
Una kena hafal surah-surah penting. Paling kurang pun, surah-surah lazim.”
“Susahlah, Ina.
Ina bolehlah. Ina kan hafizah. Juara hafazan peringkat negeri lagi.” Husna
memuji Ina.
“Tak ada apa
sangatlah Una. Una pun boleh buat jugak. Insyaallah.”
Husna perasan
mata Ina yang bengkak dan merah. Apa dah jadi pada kawan aku ni?
“Kenapa dengan
mata Ina? Sakit ke?” Ina Cuma tersenyum hambar.
“Ina menangis
kan? Kenapa sampai macam ni? Ashmin buat apa kat Ina?” Husna mulai berang.
Pantang dia apabila lelaki melakukan perkara yang bukan-bukan kepada kaum
wanita.
“Tak ada
apa-apa.”
“Ashmin tengking
Ina? Dia mesti tak layan Ina. Macam biasalah kan?”
“Una… Ina kan
dah tegur Una. Kita mesti bersangka baik dengan orang. Tak elok kita berfikiran
yang tak elok-elok sedangkan kita tak tahu. Lebih teruk, boleh jadi fitnah.
Berdosa besar tau. Lagi besar dari membunuh.” Ina berceramah panjang lebar pada
kawannya.
Husna mencebik.
Baginya, kalau dah mata merah sampai bengkak-bengkak, mesti Ashmin ada cakap
benda yang menyakitkan hati Ina. Masakan pula, ada lebah yang datang menyengat.
Walaupun Husna tidak pernah berjumpa Ashmin, Husna tahu yang Ashmin bukan orang
yang baik. Punyalah ada 24 jam sehari dia boleh call, waktu maghrib jugalah dia
sibuk menelefon Ina. Husna selalu mengaji dengan bantuan Ina pada waktu maghrib
tapi, semuanya terbantut gara-gara panggilan Ashmin.
Husna hairan
dengan sikap Ina yang asyik dilamun cinta. Husna takut untuk menegur kerana dia
pasti Ina lebih arif tentang halal dan haram darinya. Kalau hendak
dibandingkannya dengan Ina, Husna hanya pelajar sekolah biasa sahaja. Husna
tidaklah bertutup litup dan berpurdah seperti Ina, tapi Husna selalu pastikan
auratnya terjaga buat yang halal baginya.
“Ashmin dengan
Ina dah tak ada apa-apa, Una. Dia dah lepaskan Ina.” Ina mulai menangis kembali
kerana rasa sayangnya kepada Ashmin sangat kuat.
Air muka Husna
berubah. Husna merasakan sedang menonton drama siri rumah tangga yang
berantakan. Si isteri yang sedang berduka cita apabila Si Suami menjatuhkan
talak. Husna tergelak kecil.
“Kenapa Una
ketawa? Ada yang kelakar?” Ina berkecil hati dengan perlakuan Husna yang
dirasakan kurang sopan dan menyakitkan hati.
“Maaf. Una teringatkan adik Una kat kampung kena kejar dengan angsa.”
Husna tipu sunat. Walaupun dia menipu, kejadian adiknya yang dikejar angsa tak
lama dulu memang terjadi.
“Kau ni Ashwin?
Biar betul!” Husna memandang Ashwin dengan perasaan tidak percaya. Budak poyo
ni!
“Kau ni siapa?
Tiba-tiba je.” Ashwin berasa gadis lincah di hadapannya bersikap sangat kurang
ajar. Tak macam perempuan langsung.
“Aku roommate
Ina a.k.a roommate isteri kau.” Husna menjeling Ashwin sehabis-habisnya. Mamat
poyo ni yang dapat orang macam Ina? Dunia nak kiamat dah ke?
Ashwin tersentak.
“Kau ni yang
selalu zikir dan baca Al-Quran waktu maghrib tu ke?” Entah kenapa, dada Ashmin
terasa sesak dan sukar untuk bernafas. Mukanya membahang dan dia berasa tidak
senang duduk.
“Apa kena dengan
aku ni?” fikir Ashmin.
“Betullah tu.
Tapi, gara-gara seseorang yang selalu ganggu waktu maghrib tu, mengaji pun
macam dah tak khusyuk jadinya.” Husna menyindir.
“Saya Ashmin.
Nama awak?” Ashmin memperkenalkan diri. Selama setahun, dia mendengar suara
yang mendamaikan hatinya, akhirnya dia bertemu juga dengan gerangan pemilik
suara tersebut. Pada saat itu, sindiran Husna kedengaran sangat lunak di
telinga Ashmin. Dah angau agaknya budak sorang ni.
Husna memandang
lelaki di hadapannya dengan perasaan jengkel.
“Aku datang ni bukan
nak berkenalan, tapi Ina minta tolong bagi nota ini dekat kau.” Husna
meletakkan nota yang dilipat kemas itu di atas meja. Ashmin cuma memandang nota
tadi dengan pandangan yang kosong. Kelibat Husna pula sudah jauh, meninggalkan
Ashmin yang terpinga-pinga.
*******************************************************************************
Warkah
dari Nur Irdina Hani BT HJ Zulkarnain
Assalamualaikum
buat Tengku Ashmin Ashraf B Tengku Kamarul Zaman.
Selama
ni, Ina sedar yang cara kita tidak pernah betul, kan? Matlamat kan tak
menghalalkan cara. Tapi, Ina khilaf sebab Abang dah berikan kasih sayang kat
Ina dengan baik sampai Ina hiraukan hukum Allah S.W.T. Ina malu dengan abang
dan terutama dengan roommate Ina sendiri. Sepatutnya, Ina tunjukkan contoh yang
baik kepada Husna. Tapi, sebaliknya pula yang terjadi.
Ina
harap, Abang akan maafkan Ina sebab gara-gara Ina, kita dah terlalai dari terus
mengingati tuhan kita. Ina sepatutnya minta Abang untuk terus kahwin dengan Ina
tapi, rasional Ina menghalang. Ina tak rasa dapat galas tanggungjawab sebagai
isteri orang pada umur yang setahun jagung ni.
Ina
harap kita dapat sama-sama memohon keampunan kepada Allah S.W.T atas dosa yang
telah kita lakukan sama-sama. Ina hanya menegur sebab Ina tahu semua ni terjadi
kerana Ina juga. Kita sama-sama jadi manusia yang lebih baik.
Akhir
kalam, Ina nak berterima kasih pada Abang sebab terus terang dengan Ina. Kalau
tidak, Ina akan terus tersasar dari jalan yang lurus. Alhamdulillah, Dia masih
ingat dan sayang pada Ina. Itu saja dari warkah Ina kali ini dan Insya-Allah,
warkah ini adalah yang terakhir dari Ina.
Wassalam.
Dari
kawan mu,
IRDINA HANI
Ashmin menarik nafas dalam-dalam. Akhirnya,
dia dapat berasa damai kembali.
“Nampaknya, Ina pun dah temui kedamaian
hati seperti aku.” Ashmin tersenyum.
Sejak daripada itu, Ashmin menjalani
hidupnya seperti seorang pelajar biasa. Alhamdulillah, berkat ketekunan Ashmin,
dia berjaya menamatkan ijazah sarjana mudanya dengan keputusan yang cemerlang
seperti kawan-kawannya yang lain.
*********************************************************************************
Ashmin terbaring memikirkan tindakan yang
patut dilakukannya. Surat yang terpegang kemas di tangannya hampir renyuk, menggambarkan
betapa kucar-kacirnya pemikirannya tika itu. Ashmin bangun dan berjalan ke arah
sejadah solat dengan harapan Allah S.W.T akan menunjukkan jalan yang terbaik
untuknya.
Usai
sembahyang, Ashmin terus berasa mengantuk. Mungkin kerana dia sibuk membantu
ibunya menguruskan majlis doa selamat siang tadi. Ashmin melelapkan matanya
dengan harapan, penat dan lenguh-lenguh badannya akan hilang.
Husna meletakkan panggilan dari ibunya
dengan keluhan panjang lalu ditegur Ina.
“Kenapa Una? Ada masalah kat rumah ke?” Ina
memalingkan tumpuannya ke arah sahabatnya itu.
“Ummi Husna tanya Husna tadi.” Muka Husna
resah. Entah kenapa, hatinya berdebar-debar dan tidak keruan memikirkan
kata-kata ibunya sebentar tadi.
“Tanya apa? Masalah besar ke?” Ina mulai
risau.
“Tak. Cuma, ada rombongan datang minang Ina
pagi tadi.”
“Uwah!!! Akhirnya, aku boleh jamu nasi
minyak lah tak lama lagi. Siapakah gerangan lelaki yang bertuah tu?” Ina merasa
gembira sekali.
“Um, Ina, aku nak minta maaf sebab lelaki
tu adalah si mamat poyo tu.” Husna merasa serba salah kepada Ina.
Ina terkejut. Hatinya tiba-tiba berasa
panas dan mendidih. Ina sengaja tidak mahu bertanyakan Ashmin, siapa gerangan
orang yang Ashmin pilih melebihi dirinya sendiri. Dia tidak pernah menyangka
bahawa Husna adalah orang yang merampas kebahagiaan yang dia bina bersama
Ashmin. Dalam masa yang sama, dia berasa cemburu kerana Ashmin tidak pernah
berniat ingin melamar dia tetapi Ashmin terus melamar Husna apabila mereka
berpisah.
Husna dapat mengagak kemarahan yang bakal
dihamburkan kepadanya. Dia faham sangat dengan perangai Ina. Ina sangat pantang
hak miliknya dirampas orang lain. Lebih-lebih lagi, perempuan yang dirasakan
lebih kurang berakhlak daripadanya. Walaupun Ina tidak pernah sombong dengan
sesiapa, Ina sangat tidak suka berkawan dengan kawan perempuan yang dirasakan
tidak memenuhi kriteria sebagai Muslimah.
Ina lupa bahawa
dia tidak layak menentukan tahap keimanan seseorang melainkan Allah S.W.T
sendiri yang menentukan kedudukan hamba-hambanya di sisinya. Ina hanya diam dan
kembali melakukan assignment di meja belajarnya. Husna tahu yang Ina marah.
Tersangat marah. Husna pening memikirkan jawapan yang bakal diberikan kepada
ibunya malam nanti.
Flashback
sebelum graduasi Ashmin.
Ashmin memandang tingkah laku Husna yang
mencuit perasaannya. Husna mungkin tidak secantik atau sepandai Ina, tetapi
Husna mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Husna lebih kasar perilakunya
dan jarang senyum. Bagi Ashmin, Husna sangat menjarakkan dirinya dengan lelaki
dan itu yang menarik rasa ingin tahu Ashmin kepada Husna.
Husna merasakan dirinya diperhatikan lalu
mengangkat pandangan mukanya. Hati Husna terdegup sekali melihat Ashmin yang
berada betul-betul di hadapannya sedang merenung tajam ke arahnya. Husna
cepat-cepat beristighfar.
Ashmin berasa hatinya berdegup kencang saat
matanya dan Husna bertaut. Mereka masing-masing terpaku sebelum Husna
cepat-cepat tersedar dan terus bangun dari situ. Ashmin betul-betul terasa
bersalah kepada Husna.
Husna berjalan
masuk ke kelasnya usai solat zuhur dan matanya dapat menangkap kehadiran Ashmin
di dalam kelasnya. Husna perasan yang sejak kebelakangan ini, Ashmin sering
sama kelas dengannya. Nasib baiklah, mereka bukan pelajar tahun yang sama.
Husna mengeluh lagi.
“Kenapa engkau ikut aku?” Husna
membelakangkan Ashmin yang sedang duduk di bangku tatkala itu.
“Saya tak ikut awak pun. Awak yang perasan
lebih.” Ashmin tersengih mengejek. Perasan!
“Ok. Baik. Kalau aku tangkap kau yang
tengah tengok aku, siap kau!” Husna angin. Benci benar dia pada Ashmin.
“Oh, kalau camtu, awak nak cakap yang awak
sorang je lah yang boleh tengok saya yang hensem ni?” Ashmin sengaja menyakat
Husna.
“OMG! Pleaselah! Hensem sangat ke kau tu?” Husna
jengkel.
“OMG! Of courselah. Tengok berapa ramai nak
dekat saya. Saya je yang buat dek sebab saya nak kat orang tu. Tapi nampaknya,
orang tu tak faham-faham je.” Ashmin berdehem. Hatinya keruan, mengharapkan
Husna dapat menangkap kata-katanya.
Muka Husna memerah. Nasib baiklah, Husna
tidak berkulit cerah sangat, kalau tak pasti dapat dikesan Ashmin.
Husna memalingkan mukanya ke arah Ashmin
namun matanya ditundukkan ke arah rumput yang menghijau di kakinya. Jarak di
antaranya dan Ashmin sentiasa dipastikan agar tidak terlalu dekat sehingga
menimbulkan fitnah. Sambil-sambil itu, Husna mengerling ke arah dua orang
sahabatnya yang duduk tidak jauh dari mereka.
“Kau betul-betul suka kat saya?” Suara
Husna tiba-tiba menjadi serius.
Ashmin hanya berdehem menandakan ya bagi
soalan cepumas Husna. Hatinya bersorak kerana akhirnya Husna faham kehendak
hatinya.
“Tapi, awak kena faham. Saya bukan Ina.
Tiada istilah sayang dalam hati saya untuk lelaki bukan muhrim saya sebelum
apa-apa ikatan yang sah.”
“Saya sanggup ambil awak sebagai isteri
saya.” Ashmin meluahkan rasa hatinya yang membuak-buak kepada Husna dengan
harapan Husna akan menerima dirinya.
“Jangan cakap macam tu kalau kita tak boleh
kotakan.” Husna mengeluh. Begitu senangnya Ashmin meluahkan kata-kata seperti
itu.
“Saya akan minta ummi saya untuk melamar
awak sekarang jugak.” Ashmin tekad untuk memiliki Husna di hadapannya itu.
“Bukan macam tu Ashmin. Bila awak terima
saya sebagai isteri awak, awak akan
menggalas tanggungjawab yang berat sekali. Sedarkah awak Ashmin? Kita bukan
ingin bercouple. Bila-bila masa boleh putus kalau hati tak seiringan.
Perkahwinan ni lebih dari itu. Bolehkah awak terima kelemahan saya? Bolehkah
awak bimbing saya menjadi lebih baik? Bersediakah awak menanggung dosa-dosa
saya sebagai isteri awak nanti? Bersediakah awak mempunyai anak-anak?
Bersediakah awak Ashmin?” Husna berkata dengan tegas. Orang seperti Ashmin
wajib dia sedarkan.
Ashmin terdiam. Selama ini dia tidak pernah
fikir sampai ke situ. Ashmin akhirnya sedar yang dia sangat lewa sampaikan
perkara seperti kahwin boleh diringan-ringankan. Saat itu, rasa malunya kepada
Husna sangat tinggi sehinggakan Ashmin membawa diri tanpa mengucapkan salam
kepada Husna.
Husna melihat
kelibat Ashmin yang jauh meninggalkannya. Dua kawannya datang mendapatkan
Husna. Husna melihat muka rakan-rakannya yang tersenyum ke arahnya.
Serta-merta, dia terasa gembira semula. Sesungguhnya dia berasa perit sekali.
Tapi, dia harus sedar yang dia masih muda untuk menggalas tanggungjawab berat
yang tersangat mulia itu.
Habis Flashback
Husna selesai solat asar lalu menanggalkan
kain sembahyangnya untuk meneruskan agendanya yang selalu tertunggak. Baju
kotornya makin melambak kerana Husna tidak sempat mencuci baju. Assignment yang
dipertanggungjawabkan kepada pelajar tahun akhir membantutkan aktiviti Husna
mencuci baju kotor.
Sedang Husna melipat kain sembahyang,
kertas Ina yang berselerakan di atas meja menangkap perhatian Husna. Husna mengerling
ke arah Ina yang sedang nyenyak tidur waktu itu. Husna pun tolong mengemaskan
kertas-kertas tersebut. Sedang dia mengemas, Husna perasan namanya tertulis dia
atas salah satu kertas di situ.
Husna membaca sekilas. Hatinya sayu dan
pedih sekali. Begitu benci sekali Ina kepadanya.
Gila ke ape Ashmin tu? Budak buruk macam tu
pun dia nak pilih. Apa kurangnya aku dengan budak gelap tu? Aku lagi baik kan?
Atau Ashmin ni suka perempuan seksi? Apa patut aku buka je purdah ni ye? Muka
aku kan lagi cantik dari dia. Ashmin. Ashmin. Aku ni dah hafal Al-Quran kau tak
nak, Yang baca salah tadjwid tu jugak yang kau pilih? Atau Ashmin ni dah gila
kot? Atau si hodoh ni dah manderem Ashmin? Betul juga tu. Sebelum ni kan aku asyik
cerita kemachoan Ashmin ni kat si hodoh ni. Tu yang dia nak bolot Ashmin dari
aku.
Ina membuka matanya lalu melihat Husna
sedang merenungnya dengan pandangan yang sangat sayu sekali. Hati Husna sakit
sekali sehinggakan air matanya bergenang di kelopak matanya. Ina melihat meja
belajarnya yang telah kemas lalu mukanya berubah panik. Husna berlari keluar
bilik manakala Ina memanggil nama Husna.
“Una! Una! Jangan salah faham!” Ina
menjerit.
Husna berjalan
laju ke arah kolam ikan universiti yang terletak tidak jauh dari kolej
kediamannya. Waktu itu, ramai yang sedang beriadah. Kelibat dua budak Tahun 1
yang sedang berjoging menarik perhatian Husna. Dulu pun, dia dan Ina suka
menghabiskan masa di situ. Tiba-tiba, ada satu kelibat yang mengambil tempat
duduknya di sisi Husna. Husna melihat muka itu dengan wajah yang terkejut.
Ashmin hanya merenung ke arah blok tempak
Husna menginap. Rasa rindunya pada gadis itu semakin kuat sehingga membawa
Ashmin sampai ke situ tanpa disedari. Junior perempuannya yang mengenali Ashmin
memberi salam kepada Ashmin. Ashmin hanya menjawab dengan sekadarnya sahaja.
Sedang Ashmin duduk-duduk di situ, matanya
menangkap kelibat Husna yang sedang berjalan pantas. Muka Ashmin berubah
apabila perasan muka sedih Husna waktu itu lalu mengekori Husna. Dia berjalan
ke arah tasik lalu menuju ke arah tubuh gadis yang amat dicintainya itu lalu
mengambil tempat tidak jauh dari Husna. Husna memandangnya dengan muka yang
terkejut. Sedar air matanya memenuhi pipi, Husna mengesat dengan telapak
tangannya.
Ashmin hanya memerhati Husna dari jauh.
Takut juga Ashmin jikalau Husna mengapa-apakan diri sendiri. Tatkala itu, Ina
hanya memerhatikan mereka dari jauh. Ina menggigit bawah bibirnya. Rindunya
kepada Ashmin tertumpah saat wajah itu tersenyum. Walaupun bukan kerananya, Ina
terasa hatinya yang dingin tersimbah air hangat yang menghangatkan rasa
cintanya pada Ashmin.
Ina tekad. Ina berjalan ke arah Husna dan
memeluknya dari belakang. Husna tersentak, begitu juga Ashmin yang kelihatan
serba salah. Ina menyerahkan kertas lunyai kepada Husna. Husna melihat kertas
yang tertulis sindiran tadi dengan perasaan pelik. Baru Husna perasan ada
tulisan pula di belakang kertas tersebut yang tidak diperasan olehnya sebelum
itu.
Akulah yang hodoh! Perasaan cemburu buta aku
sangat hodoh! Malunya aku pada diri aku sendiri, pada tuhanku dan pada Husna sendiri. Husna BT Shahri tetap kawan
aku yang tercantik. Aku minta maaf Husna, walaupun aku tak mampu ungkapkan
dengan kata-kata. Aku yang terlalu lalai dengan mainan cinta sampai syaitan
berjaya bisikkan kata-kata hasutannya dalam diri aku. Aku sepatutnya memahami
kau sebab aku kawan kau tapi aku pula yang putuskan persahabatan kita sendiri.
Aku sepatutnya terima kenyataan yang Ashmin tu bukan Adam buat diri aku dari
dulu lagi. Bukannya menghukum kau macam ni. Maafkan aku.
Husna tersenyum. Air matanya mengalir lebih
laju dari tadi. Pelukan 2 sahabat itu semakin utuh. Ashmin hanya memerhatikan
dari jauh. Dia tahu hati budi Ina. Hati Ina bersih murni walaupun Ina perlukan
masa untuk menerima semuanya.
“Itulah Una. Ina dah kata, jangan bersangka
buruk nanti boleh fitnah tau. Dosanya lagi besar dari membunuh.” Ina tersenyum
dan air matanya mengalir laju.
“Terima kasih Ina.” Husna segan kepada Ina
apatah lagi dengan kehadiran Ashmin di situ. Dia tak suka lelaki melihatnya
menangis. Terasa lemah tika itu.
“Tak Una. Ina yang patut terima kasih sebab
sabar dengan Ina.”
“Sudah-sudahlah tu. Saya dah naik bosan
melihat aksi sedih Hindustan korang ni.” Ashmin menyampuk.
“Jom Ina kita naik.” Husna tidak mempedulikan
kehadiran Ashmin di situ.
Ashmin hanya memerhati mereka berdua
berlalu balik ke kolej kediaman. Ashmin masuk ke dalam kereta. Hatinya berasa
kecewa.
“Nampaknya,
gadis ini sangat susah untuk aku miliki.” Fikir Ashmin.
Husna merenung ke luar tingkap ke arah
sebuah kereta Toyota Prius berwarna kelabu yang baru sahaja memasuki rumahnya.
Hati Husna berasa kurang pasti dengan keputusannya. Namun, saat itu sudah
terlambat untuk dia menukar keputusan yang bakal mengubah seluruh hidupnya 180
darjah.
Husna berpaling ke arah pintu biliknya
apabila merasakan kelibat manusia memasuki biliknya itu. Melihat wajah itu, Husna
tersenyum. Ibu Husna, Puan Kamisah merenung anaknya yang dirasakan masih kurang
matang untuk melalui hari yang sebegini. Jari Husna yang berinai dikerling Puan
Kamisah. Dia masih mengingati Husna sewaktu mula-mula masuk ke universiti dulu
tidak pandai memasak mahupun mengemas rumah. Namun, hari ini, Husna bakal
menjadi isteri orang. Husna bersyukur kedua-dua belah keluarga tidak membantah
permintaannya untuk tidak membuat upacara bersanding yang dirasakan tidak
praktikal malah bertentangan dengan agama.
“Una dah sedia? Pengantin lelaki dah tunggu
kat luar tu.” Puan Kamisah tersenyum melihat seri anaknya yang tersembunyi di
sebalik kain purdah putih suci itu.
“Hm. Kalau nak tunggu Una sedia, sampai
kiamat pun tak Ummi.” Sampuk Aisyah, kakak sulung Husna.
“Apa pulak Sya cakap camtu kat adik.” Puan
Kamisah mengerling ke arah Aisyah, anak keduanya yang masih belum berpunya.
“Alah. Akak tu jeles la mak. Abang Amran tu
tak masuk pinang dia. Orang tu tak tahu yang akak nak kat dia la kak. Sebab tu
dia tak berani nak lamar Kak Aisyah. Dah akak tu macam singa.” Husna tergelak.
“Amboi boi boi. Asam boi punya budak. Una
tu lagi garang dari Kak Aisyah tau! Sedar lah diri sikit…”
“Takpe. Kita dah ada orang yang nak…”
“Sudah! Una ni kan! Orang dah tunggu kat
luar tu. Yang korang berdua ni sibuk nak bermanja waktu sekarang ni kenapa?”
Puan Kamisah naik rimas.
Husna teringat semula bahawa dia adalah
heroin pada hari itu. Terus mukanya masam, meragui tindakan yang diambilnya.
Aisyah menyedari perubahan sikap adiknya tapi membiarkan adiknya dalam fikiran
sendiri.
Husna keluar dari bilik dan mengambil
tempat di belakang pengantin lelaki a.k.a heronya pada hari itu. Husna terus
menerus berdoa kepada tuhan, diminta agar tindakannya betul. Selesai akad
nikah, upacara membatalkan air sembahyang bermula. Husna mengerling ke arah
lelaki di hadapannya yang memakai baju serba putih, sedondon dengannya. Lidah
Husna jadi kelu saat mata mereka bertaut.
Hati Ashmin
berdegup kencang saat tangan itu dicapai lalu dipegang. Hati Ashmin tidak keruan
apabila sepasang mata Husna bertembung dengan matanya. Saat itu, Ashmin
memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana membuka hati Husna untuk
menerimanya. Selepas Husna mencium tangan Ashmin, tiba giliran Ashmin untuk
mengucup dahi Husna.
Hati Husna berdebar
sungguh sangat Ashmin mengucup dahinya lembut. Terasa sangat disayangi lelaki
yang kini digelar suami di hadapannya itu. Sesungguhnya Ashmin bertuah
mempunyai gadis seperti Husna sebagai permata hatinya. Ashmin berjanji bahawa
dia akan selalu membahagiakan Husna sepanjang hidupnya di dalam hatinya.
Husna tersenyum apabila perasan kehadiran
suaminya memasuki bilik itu. Ashmin tersengih melihat Husna yang kelihatan
sangat cantik waktu itu. Mungkin seri orang selepas melahirkan anak, orang
kata. Ashmin melentokkan kepalanya ke bahu Husna. Seperti biasa, Husna akan
mengusap kepala Ashmin dengan penuh kasih sayang dan mengucup ubunnya beberapa
kali.
Ashmin menggenggam erat tangan Husna. Dia
tidak akan pernah melepaskan pemilik tangan yang dia genggam saat itu apatah
lagi, insan itu kini sudah melahirkan anak sulungnya. Ashmin berasa bahagia
sekali dengan perkahwinan yang dibinanya dengan Husna. Bercinta selepas kahwin
benar-benar lebih seronok berbanding sebelum kahwin. Ashmin gembira akhirnya
Husna mengatakan bahawa dia sangat menyayangi Ashmin selepas sebulan mereka berkahwin.
Walaupun lama, tetapi berbaloi kerana cinta Husna betul-betul membuatkan Ashmin
berasa seperti orang paling bahagia dalam dunia.
“Amboi boi boi. Mesra betul kawan-kawan aku
ni.” Ina bersalam dengan Husna dan mencium kedua-dua belah pipi sahabat baiknya
itu.
“Alah~ kacaulah Ina ni! Kita baru nak cium
mama anak kita ni.” Ashmin bergurau.
Husna hanya ketawa. Sikap Ashmin yang manja
dan kebudak-budakan, betul-betul membuatkan Husna jatuh kasih kepada suaminya
itu. Ina pun turut sama ketawa.
“Assalamualaikum, Dr Fatimah. Macam mana
keadaan isteri saya?” Ashmin bertanyakan doktor yang ditugaskan merawat Husna
pada waktu itu.
“Isteri Encik baik saja. Lagi 3 hari dah
boleh balik.” Dr Fatimah tersenyum.
“Alhamdulillah. Syukur tak apa-apa.” Ina
menyambung.
“Anak ni siapa? Saya perasan, anak selalu
juga melawat Puan Husna kan? Saya tak sempat tegur. Maklumlah, doktor ni busy
sikit.” Doktor yang berusia dekat 40-an itu bertanya kepada Ina yang menarik
hati keibuannya.
“Saya kawannya mereka berdua ni lah waktu
universiti.” Ina tersenyum lalu bersalam dengan doktor yang kelihatan hebat di
hadapannya itu.
“Dah ada yang punya ke?” Dr Fatimah
bertanya lagi.
“Belum doktor. Sapelah yang nak kat orang macam
saya ni.” Ina merendah diri. Mukanya memerah apabila ditanyakan soalan yang
sensitif sebegitu.
“Dia ni dulu doktor, ramai betul orang yang
nak. Tapi dia nak kat sorang mamat ni. Mamat ni pun punyalah angau dengan dia.
Tapi,entah macam mana,boleh dapat kat saya plak mamat tu.” Husna menambah.
Dr Fatimah terdiam. Muka Ashmin berubah. Ina
terkejut.
“Una cakap apa ni? Abang tak suka Una cakap
macam ni.” Ashmin marah. Husna seperti masih belum menerimanya.
“Una tak habis cakap lagilah! Sekarang
doktor, lelaki tu sayang sangat kat saya. Jadi, kalau doktor nak ambil kawan
saya ni buat menantu, teruskan doktor. Memang betul sangatlah tindakan doktor
tu.” Usai berkata-kata, semua ketawa.
“Nampaknya begitulah. Tak adalah saya
susah-susah cari menantu lagi. Yang depan mata ni dah berkenan sangat rasanya.”
Dr Fatimah mengusik Ina.
Muka Ina yang
putih melepak memerah. Malu diusik sebegitu sekali. Ashmin hanya ketawa melihat
gelagat Ina yang macam ayam berak kapur tu.
Kebelakangan ini, Ina kerap dihadiahkan
sejambak bunga mawar dari Inspektor Amran, anak kepada Dr Fatimah. Sejak Dr
Fatimah menunjukkan gambar Ina kepada Amran, Amran terus jatuh hati kepada
gadis solehah itu. Amran berasa bersyukur dipertemukan dengan Ina. Amran mulai
menghantar sejambak bunga ros kepada Ina dimulai dengan warna oren, kuning,
pink, merah dan hari ini putih.
Putih, melambangkan cinta sejati daripada
pemberi kepada penerima. Ina berasa berbunga dalam hati tetapi, dalam masa yang
sama Ina meminta Dr Fatimah memberitahu Amran untuk mempercepatkan majlis
perkahwinan mereka bagi mengelakkan fitnah dan zina hati antara mereka. Amran
seperti orang mengantuk sorong bantal, terus meminang Ina minggu seterusnya.
Amran adalah seorang anak yang bertanggungjawab
dan hormat orang tuanya. Oleh itu, Ina yakin, Amran akan menyayanginya dan
menjaganya sepenuh hati. Sebulan selepas itu, mereka melangsungkan perkahwinan
di hotel lima bintang atas permintaan Dr Fatimah.
Sangkaaan Ina tepat kerana Amran yang
pertama kali dilihatnya sewaktu upacara membatalkan air sembahyang, benar-benar
suami yang baik. Ina berasa sangat disayangi Amran sekeluarga. Amran juga
seorang suami yang sangat romantik. Dia pandai mengusik hati Ina sebagai
seorang wanita dan terus menerus menarik rasa cinta Ina kepadanya. Ina juga
cuba menjadi isteri yang sentiasa menarik hati suaminya.

No comments:
Post a Comment