Tuesday, January 5, 2010

Kenangan di bumi Kuala Lumpur

Sehari sebelum krismas
10.00 pagi
cuaca sangat cerah!!!


Orang start cutilah gi melancong tapi aku lain... 1 minggu sebelum sekolah bukak, aku n famili pegi kuala lumpur buat kali pertama....aku gi sana dalam 2 hari dan tujuan sebenarnya nak antar akak aku balik universiti dia...kitorang bertolak dari rumah dalam pukul 10.00am. Sebenarnya nak pergi lagi awal tapi pemandu pelancong plak lewat siap...(pakcik aku). aku sampai sana dalam pukul 12.00am, pastu terus pergi cari hotel(lagu Meet Me At The Hotel berkumandang).. kebetulan keesokkannya krismas, jadi..... sesaklah kat situ... Satu hotel pown tak jumpa carik...(yang 3 bintang la..) Terpaksalah kitorang menginap kat hotel murah kat Bukit Bintang(murah2 jugak tapi bilik dier besar wooo!) Adik aku tak habis2 membebel.. yelah hotel tu tak ada kolam yang dia impikan dari umah...Kitorang suma dah mula rasa tak seronok.. Sebab aper? pertama, kat situ sesak sangat. Kedua, satu manusia pakai tudung tak kelihatan dan yang kelihatan banyak orang cina, pelancong asing yang seksi2(sesetengah orang tu suka sangat time ni ...hehehe...) dan rumah urut... and orang2 kat situ pandang kitorang cam makhluk asing...macam tak pernah tengok orang yang bertudung... Yelah.. Bukit Bintang... Kancah maksiat kat KL nier... tapi nak buat cammana takkan nak merempat plaks... Lepas letak barang and sembahyang zohor asar.. aku n famili terus pergi KLCC naik suma benda yang ader landasan tu...jenuh nak ingat nama... erm...jap-jap. Monorail, Putra aper tah, kereta api bawah tanah, LRT... tak ingat plaks...Dah sampai sana baru rasa seronok.. buat pertama kali tengok orang pakai tudung kat KL ni... Destinasi pertama? Petrosains la... penat punyer penat kitorang tunggu lif dan bersesak cam ikan sardin dalam tin kat dalam lif tu...rupe-rupenyer tiket dah habis!! Argh! Tension... Sabar-sabar... kitorang teruskan perjalanan menaiki kaki yang lenguh(pakai kasut leper yang keras..mana tak sakit...sampai melecet kaki...nyesal tak pakai kasut..) ni ke Akuaria... Ramai jugak..TAPI ada tiket lagi...huh selamat kaki... Huwah macam2 ada.... Nak tahu peristiwa dalm Akuaria ada pada episod 'Peristiwa Di Dalam Akuaria'. Dah habis pergi akuaria.. kitorang makan2 roti ajer kat masjid Jamek yang aku tengok sangat cantik dan unik... macam masjid zaman rasulullah.. Lagi sekali kitorang melangkah kaki yang luka melecet aku jer yang melecet! huhu!) ke muka bumi Sogo. Nak tahu kisah kat sana ada dalam 'Peristiwa Di Sogo'. Balik tuh aku sembahyang dan tido... Penat sungguh!!!

No comments:

Post a Comment