Assalamualaikum.
Aku akhirnya berasa tekad untuk teruskan blog aku ni. Menulis ni kan hobi aku. Lama sangat aku tak berkunjung ke sini. Entri-entri yang aku tulis memang banyak yang kelakar. Minta maaf bagi nama-nama yang aku sebutkan dalam ni kalau ada yang terkasar, tak betul dan lain-lain. Aku nak betulkan tapi aku rasa sayang sebab entri bodoh-bodoh tu lah satu-satu kenangan yang aku ada untuk imbas balik aku ni bagaimana orangnya dulu. Budak sangat masa tu. Entri pun tak matang.
BTW, aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan. Aku tak pernah terfikir untuk ke arah Fizik sebab minat aku lebih ke arah sains biologi. Tapi, aku sedar, kebolehan aku lebih ke arah bidang fizik dan itu mungkin reason aku berada di sini hari ni.
Umur aku hampir menginjak ke 20 tahun masuk 23 haribulan 6 ni. Dah makin tua. Ajal pun makin dekat. Aku harap hidupku dan matiku hanya padaNya. Amin! Kawan-kawan yang mengenali diri ini, aku nak ucapkan terima kasih kerana hadir dalam hidup ni. Setiap seorang adalah sangat bermakna dalam hidup singkat aku ni.
Aku tak akan pkai Momo lagi. Sekarang, aku dah jadi Cik Brokoli. Reasons? He... Aku pun tak tahu...
Banyak yang aku suka dalam hidup ni. Sunflower, kaktus, putih, merah, kucing, makanan, dan banyak lagi... Itulah serba sedikit tentang status aku sekarang. Update lagi nanti. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment